Since their office dekat ngan office aku pun call then pi bayar kat office diorg..tp klu korang nak senang beli jer tiket kat POTO ni..daripada korang pergi USS..sampai2 jer tup2 tiket dah habis..kan ker penat..x pun korang boleh beli direct kat sini
Harga Tiket: RM 150 - Weekdays, RM 175 Weekend...aku amik yang RM 175 sbb aku pi sabtu..
Pas settle payment diorg akan email no tiket semua kat kita..so print n bawak no tiket nih pi kat kaunter Resort World tuh kat betul2 depan entrance so redeem kat situ k..
Ticket settle..now hotel pulak..untuk hotel aku terus booking kat Tune Hotel
Sbb apa aku pilih this hotel:-
a) sbb dia ada bas direct ke USS (Universal Studio)/ Resort World Sentosa Island
b) sbb dia murah..(RM 185.24 untuk 2 nite + 2 return bus from TUNE.HOTEL to USS)
i) Harga bilik = RM 128.64 / 2 nite (so RM 64.32 per nite)
ii) Bus Ticket to USS (Return) = RM 46.00 (RM 23.00 Per Adult x 2)
iii) TV = RM 10.60 (Tv dia kena bayor weh)
TOTAL = RM 185.24 (including tax)
MURAH BUKAN!!!!!! Oklah untuk bilik yang x der air cond, tv kena bayar...tapi aku suggest korang x yah la amik aircond..sbb bilik dia sempit..nak solat pun susah..so bila bilik sempit..konpem la ada kipas pun sejuk...kire hotel ih sesuai la untuk orang yang suka berjalan mcm aku..JIMAT!!!
Ni Pandangan TUNE.HOTEL dari luar
Ni pulak rupa bilik dalam TUNE.HOTEL tuh
Time check in girl kat front desk tuh bagi aku coupon bus..then korang kena pi kat syarikat bus kat bawah TUNE.HOTEL tu untuk tukar coupon kepada boarding pass n isi immigration form ..so sng senah, ko dah tau ka pasai pa aku amik TUNE.HOTEL nih..
Ini la rupa tiket yang telah aku tukar dengan coupon td...
Bas yang diorang akan bagi adalah bas mcm gambo kat bawah nih..klik sini untuk bas tersebut
Bas ni punya service sgt bagus..mula2 dia akan kire brp org penumpang dia..then bila smpi kat Imigresen pun dia akan turunkan n tunggu smpi korang settle cop mengecop semua..then bila korang naik dia akn kire sekali lagi sama ada cukup atau x...bagus bukan..so x kan ada la yang tertinggal...kecuali lewat..maksunya bas kul 7.00 korang dtg kul 8.00 konpem la bas ni x mo tunggu korang...Selesa bukan?
Yang bestnya bas ni sapa pun boleh naik asalkan bayar..kire x semestinya nak naik bas ni korang kena stay kat TUNE.HOTEL..x perlu pun x pa..jadual bas ni sehari 4 trip saja..2 Singapore (jam 7.00 pagi & 10.30 pagi), 2 lagi pulang ke Malaysia (Jam 7.30 mlm & 10.30 mlm)..
Haaa tgk..walaupun aku dok posing kat immigration Singapore ni..bus tuh masih tunggu aku, konpem dia x kan tinggal..
No comments:
Post a Comment