Monday, April 11, 2011

Tugasan Kerja: Kota Kinabalu

Kali ni aku and the team fly to Sabah pula..humm biasa la apa lagi klu x kerja kan..tp mcm biasa jugalah akan di selitkan juga aktiviti makan angin..shopping-shopping kan..kami kat sini 4 hari 3 malam..11hb isnin tgh hari kami berlepas ke Sabah bagi menjalankan tugas yang diamanah kan..(fuhh ayat x leh blah)..

Penerbangan mengambil masa 2jam 15 minit..sakit pungkoq aku lama sangat flight ni..
In flight kami dihidangkan dengan nasi kandar ikan garupah..humm not bad rasa dia..mungkin sbb kami semua lapaq kot..sampai terketaq-ketaq..
So bila sampai jer..biasa la posing la.sebagai bukti kehadiran..huhuhu..dah la geng-geng nih kaki posing semuanya..
Around 15 minutes perjalanan kami pun tiba di hotel Promenade..nice hotel, nice view and layanan pun baik juga..thanks a lot to all crews..

Aktiviti petang kami mulakan dengan menuju ke Filipina..eh silap Pasar Filipina..pasar ni siapa biasa mai sabah sure sedia maklum..coz kat sini lah kalau nak cari mutiara @ Pearl kat sini lah tempat dia..mmg syurga la..klu x leh control iman jangan mai sini..coz accessories dia..fuhhh...terlalu banyak and unik..tapi kena pandai bargain... if not..senang kena ketuk @ tipu...
 

 Handicraft kat sini pun banyak and unik2 juga..tapi apa yang aku suka tentang sabah ni adalah pulau-pulau, dah kehidupan lautnya...fuhh Sabah memang tempat yang patut dikunjungi..boleh release tension dok kat pulau kat sini..


Beg katak ni aku pernah jumpa kat Chiang Mai, Thailand..katak betul katanya...eiii geli
 

Okey...orang kata kalau mai Sabah ni rugi kalau x beli ikan masin, ikan bilis and udang kering..murah!!!... bukan saja ikan kering..tapi makanan basah macam ikan kering ja yang murah ikan fresh pun murah juga...diorang siap leh 'packing'kan untuk kita lagi untuk bawak balik semenanjung..it will last up to 5 hours... huhu udang and ikan dia x yah cita la murah, besar dan yang penting FRESH!!!! iskkk susah la aku mau cita senah..ko kena mai sendiri baru ko tau... 

L to R: Amplang (bulat-bulat) tuh..adalah sejenis keropok ikan..sedap juga...famous la kat sini..and sekali lagi MURAH!!!..
 Then kalau mai sini aku mesti beli kuih cincin..sedap..kat sabah ni je yang sedap..tempat lain kureng!!

Macam-macam ada
Ni la GAMAT or Sea Cucumber
Ni pula ikan bakar, udang and sotong yang kami makan malam tuh...FRESH n CHEAP!!!!
Setelah 4 hari kat sana..kami pun terpaksa la berangkat pulang....dengan muka yang agak keletihan..tp hati berbunga-bunga sebab dapat shopping senah... :D
 
Transit kat Labuan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...